- Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan pengakuan ahli perniagaan, Victor Chin, bahawa sejumlah hampir RM10 juta telah dibayar kepada seorang ahli Parlimen PKR bagi menyelesaikan atau "membersihkan" masalah berkaitan skandal "corporate mafia".
- Lebih mengejutkan, Victor Chin memberi kata dua bahawa wang tersebut mesti dikembalikan sebelum 30 Mac sekiranya pihak berkenaan tidak mahu namanya didedahkan.
- Perkara ini menunjukkan satu pengakuan bahawa sejumlah wang telah bertukar tangan sebagai satu bentuk imbuhan kepada orang tengah bagi menyelsaikan isu beliau dengan pihak yang dikaitkan sebagai "corporate mafia".
- Ini menimbulkan persoalan undang-undang sama ada imbuhan tersebut merupakan satu bentuk rasuah kepada individu yang mempunyai kaitan dengan kerajaan bagi menyelesaikan satu siasatan atau konflik yang mungkin melibatkan tindakan undang-undang.
- Keduanya, isu "corporate mafia" yang didedahkan oleh Bloomberg turut dikaitkan secara langsung dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
- Persoalannya, bagaimana satu siasatan yang adil dan telus boleh dijalankan oleh SPRM apabila tuduhan asal turut mengaitkan Pesuruhjaya SPRM sendiri?
- Beberapa persoalan penting timbul daripada isu ini, antaranya:
- Siapakah ahli Parlimen PKR yang disebut?
- Benarkah transaksi wang tersebut berlaku?
- Adakah "corporate mafia" ini benar-benar wujud?
- Jika wujud, siapakan ahlinya?
- Adakah benar SPRM dan Pesuruhjaya SPRM mempunyai kaitan dengan kumpulan ini?
- Alasan bahawa kerajaan masih menunggu siasatan panel khas berkaitan pegangan saham Azam Baki tidak boleh diterima kerana kedua-dua perkara ini adalah berbeza dan memerlukan penelitian berasingan.
- MUDA menuntut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan dengan segera bagi memastikan satu siasatan yang bebas, telus dan adil dapat dilaksanakan.
MUDA